SMS huru hara 9 Januari, fitnah jahat Umno- Saifuddin

(Oleh: Masdar Wahid)

KUALA LUMPUR 27 Disember: Sebaran Sistem Pesanan Ringkas (SMS) yang mengajak rakyat mencetuskan huru-hara di Kuala Lumpur pada 9 Januari depan, merupakan satu lagi fitnah jahat Umno, kata Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution.

Menurutnya, beliau mengetahui mengenai SMS berkenaan yang menyebut kononnya beliau mengeluarkan surat pekeliling meminta orang ramai berkumpul di
Mahkamah Tinggi Jalan Duta pada tarikh tersebut, bagi mencetuskan huru hara.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya bahawa terdapat arahan seperti ini, yang saya yakin merupakan satu lagi fitnah jahat Umno yang sememangnya sedang semakin gentar dengan kebangkitan rakyat menentang kezaliman dan kekejaman mereka yang terus rakus merompak dan menyeleweng harta rakyat dan negara,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu katanya, beliau menasihatkan rakyat yang ingin berhimpun pada hari tersebut agar tenang dan tidak terjebak dengan provokasi pihak berkenaan.

“Saya meminta orang ramai, anggota KEADILAN dan penyokong gerakan reformasi yang akan keluar beramai-ramai pada 9 Januari nanti bagi menunjukkan sokongan
kepada Ketua Umum KEADILAN, Dato’ Seri Anwar Ibrahim supaya berhimpun secara aman dan mematuhi arahan petugas-petugas serta tidak terpengaruh dan terjebak
dengan tindakan provokatif golongan yang tidak bertanggungjawab pada hari berkenaan,” katanya lagi.

KEADILAN melancarkan kempen ‘Tolak Fitnah II, lawan konspirasi’ dengan tema bebaskan Anwar, bagi menggembeleng rakyat hadir pada hari keputusan perbicaraan
Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ia sebagai usaha untuk mengajak rakyat menyatakan sokongan dan mendesak pembebasan ketua pembangkang yang dikenakan satu lagi pertuduhan fitnah oleh
kerajaan Umno-BN.

Advertisements
This entry was posted in Bersih. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s