Skandal NFC: SPRM juga perlu siasat Najib, Muhyiddin

(Oleh: Masdar Wahid)

KUALA LUMPUR 27 Dis: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu menyiasat semua menteri yang dikaitkan dengan skandal National Feedlot
Corporation (NFC), kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.

Katanya, selain memanggil Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku menteri pertanian ketika projek itu diluluskan pada 2007, SPRM juga perlu menyiasat Datuk Seri Najib Razak selaku Pengerusi Jawatankuasa Projek Impak Tinggi dalam projek berkenaan.

“Malah Najib wajar menjadi orang pertama memberi keterangan untuk siasatan lanjut kepada SPRM kerana NFC ialah salah satu projek berimpak tinggi dengan
jawatankuasa mengenai projek seumpama itu dipengerusikan beliau.

“Manakala Muhyiddin ialah bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pada 2007 dengan projek NFC dilulus pada 14 Ogos 2007 seperti dinyatakan Menteri
Pertanian ketika ini, Datuk Seri Noh Omar di Parlimen pada 31 Oktober lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan SPRM memanggil Pengerusi NFC, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail dan terbaru tindakan polis
menahan semula seorang datuk yang dikaitkan dengan skandal itu.

“Walaupun kita mengalukan siasatan, namun kita juga mendesak SPRM berlaku adil dengan turut memanggil setiap menteri yang terlibat dalam skandal NFC,” katanya kepada Keadilandaily.com hari ini.

Katanya lagi, menteri lain yang perlu disiasat ialah Datuk Seri Mustapha Mohamad dan Datuk Seri Noh Omar yang menjadi menteri pertanian ketika projek itu dijalankan, selain pembabitan Datuk Seri Shahrizat Jalil.

“Projek ini dilulus pada 14 Ogos 2007 dan Shahrizat ketika itu salah seorang menteri kabinet maka beliau juga wajar dipanggil kerana berlakunya konflik
kepentingan dalam skandal ini,” katanya.

Oleh itu, katanya, jika SPRM tidak bertindak memanggil dan menyiasat kesemua menteri itu, KEADILAN akan terus mendedahkan skandal ini dari semasa ke semasa.

NFC dimilik penuh keluarga Shahrizat yang mendapat pinjaman mudah dari kerajaan sebanyak RM250 juta.

Namun, wang itu diseleweng syarikat untuk kepentingan peribadi mereka termasuklah membeli kondominium mewah di Bangsar dan Singapura
masing-masing berharga RM13.8 juta dan RM10 juta.

Mereka turut menyeleweng wang itu untuk melancong, membeli tanah di Putrajaya dan kereta Mercedez yang kesemuanya langsung tiada kaitan dengan NFC.

Advertisements
This entry was posted in Bersih. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s