Siswa berhimpun desak UPSI gugur tuduhan terhadap Adam Adli

KUALA LUMPUR 27 Dis: Solidariti Mahasiswa Malaysia akan mengadakan perhimpunan di  Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) bagi mendesak universiti itu menggugurkan tuduhan terhadap penuntutnya, Adam Adli Abdul Halim.

Perhimpunan itu ekoran tindakan yang dikenakan terhadap Adam Adli kerana menurunkan bendera Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak di Ibu Pejabat parti itu baru-baru ini.

Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Ahmad Syukri Ab Razab berkata, mereka akan berkampung selama 16 jam di hadapan UPSI bermula 9 malam pada 31
Disember sehingga jam 1 petang keesokan harinya.

“Malam itu kita namakan sebagai ‘Malam Talkin untuk AUKU’ . Tindakan kita duduk (di situ) sebagai simbolik.

“Akan ada juga ucapan daripada pimpinan pelajar termasuk Adam sendiri,” kata Ahmad Syukri.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Ahmad Syukri berkata, sepanjang tempoh tersebut pihaknya merancang beberapa aktiviti, antaranya meletakkan bunga di hadapan pintu masuk UPSI.

Pada 23 Disember lalu, Adam Adli menerima surat panggilan ke jawatankuasa disiplin UPSI dan berdepan dua pertuduhan, iaitu mencemarkan nama universiti
serta memberi ancaman kepada ketenteraman awam.

Ia berikutan tindakannya menurunkan bendera Najib selepas SMM menyerahkan memorandum menuntut kebebasan akademik kepada Timbalan Menteri Pengajian tinggi
Datuk Saifuddin Abdullah dan Suruhajaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).

Sementara itu, Kumpulan Aktivis Mahasiswa Indipenden (KAMI) pula dalam kenyataannya berkata, UPSI tidak mempunyai hak untuk menghalang Adam
menjalankan hak sivil sebagai warganegara”.

“Ancaman apa yang dimaksudkan itu tidak pasti, yang kami tahu kedua-dua pertuduhan ini adalah tidak berasas, tidak berpelembagaan, tidak sah dan jelas
serta tidak masuk akal.

“Tindakan Adam Adli ini sebenarnya dijamin dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan mengenai kebebasan bersuara yang merupakan undang-undang tertinggi
dalam negara ini,” katanya.

Advertisements
This entry was posted in Bersih. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s