Gamis anjur Perhimpunan Siswa 1 Januari

Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) akan menganjurkan satu perhimpunan mahasiswa pada 1 Januari depan yang bertemakan ‘Mahasiswa Untuk Malaysia’.

Himpunan itu yang akan berlangsung di Padang Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) seawal 8.30 pagi bertujuan untuk menyemarakkan lagi peranan mahasiswa
pada tahun 2011.

“Himpunan ini akan turut disertai oleh mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan IPTS di seluruh Malaysia yang berteraskan beberapa agenda dan harapan diperingkat mahasiswa pada tahun 2011.

“Ini termasuklah menyemarakkan lagi peranan mahasiswa untuk turun ke lapangan masyarakat, memperkasakan peranan mahasiswa sebagai badan semak dan imbang kepada tampuk pemerintahan negara serta meningkatkan lagi momentum mahasiswa selaku generasi hadapan yang lebih dinamik,” katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, GAMIS berharap himpunan itu berperanan sebagai medan kepada mahasiswa diselutuh negara untuk tampil dengan wajah dan nafas baru yang leboh konstruktif serta dinamik pada tahun 2011.

“GAMIS berhasrat untuk terus mendobrak aksi yang lebih dominan kepada seluruh rakyat Malaysia demi memastikan mahasiswa terus berperanan dalam kehidupan bermasyarakat di Malaysia,” katanya lagi.

Advertisements
This entry was posted in SEMASA. Bookmark the permalink.