KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membebaskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas beliau didapati tidak bersalah atas tuduhan meliwat Saiful Bukhari Azlan.
Keputusan itu disambut gembira kira-kira 10,000 peserta Himpunan 901yang membanjiri perkarangan mahkamah seawal jam 5 pagi.
Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah dalam penghakimannya memutuskan Anwar tidak bersalah dan mengarahkan supaya beliau dibebas dan dilepaskan.
Bagaimanapun, beliau tidak membaca penghakiman penuh kecuali kesimpulannya iaitu kedua-dua bukti iaitu DNA dan oral-lisan tak boleh sabit kesalahan.
“Selepas meneliti bukti, saya tidak boleh pasti 100 peratus bahawa bukti telah diusik.
“Justeru, mahkamah keberatan menerima bukti sedemikian dari SP1 Saiful.”
Isteri Anwar, Dr Wan Azizah Wan Ismail kelihatan menanggis sambil memeluk suaminya dalam kegirangan.